MAKLUMAN TERKINI



Amsyiq Gold Enterprise memaklumkan Amsyiq Gold Coin 25gram telah terbit 'fizikal'nya sebanyak 30 pieces. Sekarang dalam proses pembuatan no. siri.
Siapa lock dulu, dia dapat...


hadapan


belakang
[Read More...]


DUIT, EMAS DAN PERAK



HAKIKAT DUIT

Duit disisi fuqaha’syariat Islam

Dimaksudkan dengan duit pada istilah fuqaha’ ialah yang ditempa dari emas dan perak. Dikatakan juga: Tempaan daripada emas dan perak dan yang mengambil tempatnya yang digunakan oleh manusia dalam muamalat dan dianggap nilai kepada harta.

Ta’rif kepada duit ini adalah pendapat yang rajih, kerana dalam istilah manusia menganggap sesuatu sebagai harga yang mengambil tempat duit. Kerana ini kebanyakan fuqaha’ semasa dan pengkaji menerima amalan seperti ini.

DUIT SEBELUM ISLAM

Duit sebelum Islam melalui beberapa peringkat, peringkat yang penting ialah;

1- Peringkat pertukaran
Iaitu pertukaran barang dengan barang yang kedua-duanya bukan duit atau tukar barang dengan barang.

2- Duit barangan
Iaitu barang yang biasa digunakan oleh manusia sebagai perantaraan dalam pertukaran seperti susu, teh, unta, gandum dan sebagainya. Ia berbeza mengikut perbezaan persekitaran dan cara kehidupan manusia.

3- Duit galian
Melihat kepada kesukaran dalam menggunakan duit barangan, lalu mereka beralih kepada menggunakan duit galian, maka mereka menggunakan tembaga dan gangsa, kemudian mereka diberi petunjuk menggunakan emas dan perak, kerana kedua-duanya mempunyai keistimewaan kecantikan yang tersendiri, kekal apabila ditanam dan unsurnya yang tetap yang terpelihara dari di manipulasi.

"Emas alat takwa taqarrub kepada Allah"
Nak beli emas hubungi saya 0192903165 Othman Hamzah
[Read More...]


Kukuhkan Ekonomi Melalui Pelaburan Dinar Emas dan Perak



Saturday, 06 November 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 6 Nov - Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor, Sheikhul Maqari Othman Hamzah, menasihati masyarakat negara ini mengukuhkan ekonomi mereka dengan pelaburan dinar emas dan perak.

Menurut beliau, sejarah kenaikan harga emas sejak lebih seribu tahun lalu telah membuktikan ia mata wang yang paling kukuh di dunia.

Sheikhul Maqari Othman berkata, amalan memperkukuhkan ekonomi dengan mata wang emas telah dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW dan diperkemaskan oleh Saidina Omar Al-Khatab.

Nilai yang ditetapkan adalah 4.25 gram emas, bersamaan dengan satu dinar.

Bercakap dalam program, Apa Khabar Selangor bersama pengacara Zubli Zainordin, Othman berkata, nilai mata wang kertas atau ‘fiat money’ mula jatuh apabila tidak lagi dikeluarkan bersandarkan simpanan emas.

Amerika syarikat memulakan amalan mencetak mata wang tanpa sandaran emas pada tahun 1968 bagi menampung perbelanja perang mereka.

“Dia cetak duit kertas itu dengan memisahkan emas, menyebabkan nilainya jatuh dan di situlah mulanya nilai dolar jatuh, yang tidak jatuh harga emas,” katanya.

Othman meramalkan mata wang kertas akan terus jatuh dan kuasa besar Amerika akan menukarkannya dengan mata wang digital seperti kad kredit yang sedang digunakan sekarang.

Nabi Muhammad SAW telah mengatakan dalam hadisnya bahawa semuanya tidak akan bernilai kecuali emas dan perak.

Othman memberi contoh, emas meningkat tiga kali ganda sejak tahun 2001.

“Pada tahun 2001, dia menyimpan RM10,000, tahun 2010 jumlah simpanannya menjadi RM13,000, bermakna keuntungan yang diperolehi sekitar RM3,00 sahaja. Sebaliknya jika dia menyimpan emas pada tahun yang sama, keuntungan yang diperolehi adalah sekitar RM33,600,” jelasnya.

Menurut Othman, dia yakin dinar emas dan perak adalah penyelesaian kepada pengukuhan ekonomi masyarakat sekarang.

Beliau boleh dihubungi di nombor 019-290 3165. Melalui Internet melalui laman Http/ emas-amsyiq.blogspot.com

Sumber : SelangorKini
[Read More...]


Rahsia Emas Kekuatan Ekonomi Ummat Islam di TV Selangor (pembetulan)



InsyaAllah temui saya dalam

Apa Khabar Selangor TV selangor (TV internet)

Topik berkaitan:
"RAHSIA EMAS KEKUATAN EKONOMI UMMAT ISLAM"

Sebar-sebarkan..

(klik sini)

Tarikh dan waktu akan dimaklumkan kemudian. Maaf atas segala kesulitan.
[Read More...]


JOM PERGI HAJI DENGAN MENGUMPUL DINAR EMAS.



Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM 10,000, ayuh kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung.....

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar

Tahun 2010 - 1 Dinar = RM 600 lebih
(kredit)

Mari start membeli dan mengumpul dinar untuk pelaburan masa depan.
Hubungi saya 012-666 9362 @ 019-290 3165.
[Read More...]


KATA DATO' SALEH MAJID TENTANG PELABURAN EMAS



Kata Dato’ Saleh Majid tentang pelaburan Emas

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

(kredit)

[Read More...]


CARA BELI EMAS AMSYIQ



1) Pilih jenis EMAS yang anda inginkan:

Bar AMSYIQ : 10g | Purity 999 | 24k
Dinar Darul Ehsan: 1 dinar = 4.25 g | Purity 916 | 22k
Dinar Darul Ehsan : 1/2 dinar = 2.125g | Purity 916 | 22k

2) Semak harga "we sell" emas yang berkenaan di atas atau layari website berikut :

http://syeikhulmaqari.blogspot.com
http://emas-amsyiq.blogspot.com

3) LOCK harga dengan call / sms saya :

019-290 3165 / 012-666 9362
@ email: syeikhulmaqari@yahoo.com.my

4) Sediakan duit (cash)

Kami akan bagi by hand sekitar Subang Jaya, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Damansara, Jalan Klang Lama, Shah Alam dan KL area.

5) Sekarang EMAS jadi milik anda. Simpan sebaiknya dan ingat BELI EMAS dapat EMAS. Mudah kan?

6) Balik tunjuk kawan-kawan, keluarga dan jiran-jiran. Sila cadangkan mereka untuk hubungi Emas Amsyiq.

7) Untuk Jual semula, sila rujuk harga "We Buy" dan hubungi Emas Amsyiq.
[Read More...]


 

Categories

agen (1) amsyiq (6) ansuran. amsyiq (1) beli (1) cara (1) darul ehsan (5) dealer (4) dinar (12) dirham (4) ekonomi (6) emas (17) GKA (5) haji (1) iklan (1) isu semasa (3) muamalat (1) PERTIMBANGKAN (1) salleh majid (1) selangor (7) seminar (2) tawaran khas (1) untung (1) wakala (1)

INGIN MENJADI DEALER AMSYIQ GOLD

1. Belian RM 10000, anda akan dapat diskaun 1.5% 2. Belian RM 20000, anda akan dapat diskaun 2.0% 3. Belian RM 50000 ke atas, anda akan dapat 2.5% 4. Isikan borang agen di bawah.
3. Buat bayaran kepada Amsyiq Gold Ent (AGE). Hubungi mereka jika anda masalah. Nombor telefon seperti berikut : 019-290 3165 / 012-666 9362 4. " cc " kan juga borang anda kepada: syeikhulmaqari@yahoo.com.my (p/s: hantarkan borang agen semasa mengambil stok emas anda) EMAS AMSYIQ MEMERLUKAN DEALER DISELURUH NEGARA

CHARTS

Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Gram

Return to top of page Copyright © 2010 | Exercise Equipment | Watch Movies Converted into Blogger Template by HackTutors