Ceramah Khas Sempena Pelancaran



Sabtu 22 Jan- Amsyiq Gold Enterprise telah melancarkan bar Amsyiq yang keberatannya 10 gram dan puritynya 999.9. Terdahulu dari itu Panel Syariahnya Syeikhulmaqari Hj. Othman bin Hamzah telah menyampaikan ceramah dan taklimat khasnya mengenai “Emas meningkatkan ekonomi umat”. Beliau menyarankan betapa perlunya umat Islam menyimpan emas untuk melindungi kekayaan mereka.

Othman berkata; jangan bergantung kepada wang kertas atau fiat money kerana ia tidak bersandarkan kepada apa-apa nilai. Yang pastinya ia hanya mengikut dolar. Dolar sedang menuju kepada kejatuhannya. Kalau umat Islam menukar wang mereka kepada emas dan mengalirkan Dinar dan dirham sudah tentu dolar akan hilang nilai. Kita tidak perlu angkat senjata menumpaskan kuasa kapitalis dunia ini. Hanya dengan emas.

Malangnya negara-negara umat Islam yang memberi nafas ekonomi kepada Amerika yang sedang dibelit hutang ini. Kita beri sumber bumi kita kepadanya seperti getah dan minyak. Mereka hanya memberi Negara umat Islam kertas yang diberi nilai. Sikap umat Islam yang suka tunggu dan lihat membahayakan diri mereka. Nanti apabila duit telah hilang nilai barulah nak sedar. Dah terhentuk barulah terngadah.

Beliau juga mengingatkan seruan kepada emas dan dinar bukan sekadar bisnes, tetapi dakwah agama. Fiat money ada unsur ribawi . Ia hanya kertas janji atau hutang. Matawang Islam mestilah “ain” itu sendiri bernilai. Sebab itulah Rasulullah menjadikan matawang Islam emas dan perak. Pada Syafei membayar zakat dengan"ain" gandum, emas, perak dan sebagainya.

Bukan wang kertas yang hanya atas angin. Sistem mata wang sekarang meneruskan sistem penjajah dan penerusan kepada sistem riba. Sistem yang tiada keadilan. Orang yang susah yang perlu bantuan diajak meminjam dalam sistem bank hari ini samada sistem kovensional dan Islamik, tetap mengenakan lebihan.

Tidakkah maksud syarak dalam pengharaman riba supaya tidak ada tambahan yang akan menzalimi orang yang susah. Sepatutnya “Bertolong-tolongan atas perkara kebajikan dan takwa dan jangan bertolongan diatas perkara dosa dan permusuhan". Kalaulah bank menyimpan banyak dinar. Dengan menyimpan dalam simpanan, dan pada yang sama memberi pinjam orang susah. Dinar tersebut sama sahaja nilainya samada dalam simpanan bank atau pada tangan peminjam. Bila ia memulangkan semula dinar, nilai dinar adalah tetap sama mengikut harga semasa emas.

Mengalirkan dinar dan dirham pula adalah menghidiupkan matawang sunnah. Mengamalkan sunnah sudah tentu ada berkatnya. Kuasa beli dinar tidak berkurang seperti kuasa wang kertas. Wang kertas dimamah oleh inflasi contohnya RM 10 sepuluh tahun lalu tidak sama kuasa belinya deangan RM 10 hari ini. Sebaliknya sunnah membuktikan 1 Dinar di zaman Rasul boleh membeli seekor kambing. Hari ini I Dinar tetap boleh membeli seekor kambing.

Othman menambah lagi, dari segi ekonomi emas disimpan akan naik nilainya. Bagi mereka yang menjadi dealer menjualnya kepada orang lain adalah dakwah ekonomi dan perbezaan harga menguntungkan mereka. Keuntungan akan berganda apabila mereka mendapat diskaun secara segera dalam setiap pembelian, bukannya komisyen (bertangguh) yang menyebabkan dealer akan tertunggu-tunggu.

Akhirnya Othman mengajak para tetamu yang dianggarkan hampir lapan puluh orang itu menyertai AGE sebagai pelanggan, sebagai dealer dan sebagai rakan kongsi AGE. “Marilah kita meningkatkan ekonomi dan melindungi ekonomi kita melaui AGE” ujarnya.
[Read More...]


Iklan Penting ! Penting ! Penting !




AMSYIQ juga merupakan pengedar Pamp Suisse ; memaklumkan bahawa harga 100g bar Pamp Suisse sedang turun. Biasa harga Pamp Suisse RM 15,7xx TAPI pada hari ini RM 15,1xx. Bila-bila masa harga boleh melantun tinggi. Jadi anda yang mahu ambil kesempatan ini untuk borong dua tiga ketul. Jangan ragu-ragu untuk call :

019-290 3165
[Read More...]


MAKLUMAN TERKINI



MAKLUMAN TERKINI
STOK DINAR TENGAH ADA
BOLEH LOCK UNTUK BELI

Bar AMSYIQ tiada stok
[Read More...]


PERHATIAN PENTING KEPADA PELANGGAN (AGE)



DINAR DARUL EHSAN LARIS

(AGE) MEMAKLUMKAN: OLEH KERANA DINAR DARUL EHSAN SEJAK DILANCARKAN SANGAT LARIS. BELUM SEMPAT STOK LAMA DITANGAN TELAH HABIS. UNTUK MEMURNIKAN MUAMALAH EMAS INI DAN MENEPATI SYARAK, LOCK YANG DILAKUKAN OLEH PELANGGAN-PELANGGAN AMSYIQ KAMI BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA KEADAAN:

SEKIRANYA KETIKA LOCK KAMI ADA STOCK, (KAMI JAWAB “OK”) LOCK TERSEBUT MENJADI PERSETUJUAN HARGA , JUAL BELI DITERUSKAN

TETAPI SEKIRANYA KETIKA LOCK, KAMI KEHABISAN STOK, KAMI TIDAK BOLEH MENERIMA LOCK KETIKA BARANG TIDAK ADA DALAM TANGAN: (KAMI JAWAB “TANGGUH SEHINGGA ADA BARANG" ERTINYA LOCK ITU TERBATAL. KAMI AKAN MERUJUK ANDA SEMULA APABILA BARANG ADA.
KAMI MOHON MAAF ATAS KESULITAN
“AGE MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH”

OTHMAN B HAMZAH 019-290 3165
[Read More...]


Anda Mahu Beli Emas



Berminat beli emas? Mudah sahaja...

1- Lihat harga emas di blog saya (http://syeikhulmaqari.blogspot.com/) atau (amsyiq) contoh :


2- Setuju nak beli yang mana satu, lock harga tanda setuju dengan harga melalui sms contoh: saya ahmad bin Mahmud lock 1 Dinar harga sekarang 665 sebanyak 20 pcs. Send kepada no: 019-290 3165 atau 012-666 9362.

3- Kami akan jawab "ok" kalau ada barang. atau "ok untuk tempahan". Boleh call kami untuk confirm.

4-Hubungi saya phone no. : o19-290 3165, untuk confirm tempat serahan. kami akan datang kepada anda / anda datang kepada kami. Anda beri duit saya bagi emas, mudah sahaja.

3- Muamalat kita menepati Islam... Tunai dalam majlis... SAH.

[Read More...]


Dinar Darul Ehsan Dilancar



AMSYIQ sekali lagi melangkah kehadapan apabila berjaya menerbitkan dinar yang dinamakan Dinar Darul Ehsan. Penasihat Syariahnya Syeikhulmaqari Hj. Othman bin Hamzah menyatakan tujuan pengeluaran dinar tersebut untuk mempercepatkan pengaliran dinar emas bergerak dalam masyarakat. "Langkah kami ini juga bertujuan memudahkan orang ramai khususnya di Negeri Selangor membeli, menjual dan menyimpan dinar emas. Sekaligus menggalakkan umat Islam menyimpan emas”.

Ketika ditanya adakah ia sebagai matawang alternatif. Beliau menjawab emas sesuatu yang bernilai. Ia boleh menjadi barangan yang boleh dijual beli atau sebagai barangan yang digunakan dalam pertukaran barangan atau dikenali sistem barter. Namun kalau semua umat Islam mahu menggunakannya dalam muamalat harian, dinar dapat melaksanakan tugas tersebut kerana ia telah dilaksanakan pada zaman Nabi S.A.W, Umar dan khalifah-khalifah sesudahnya. Dari segi agama kita telah melaksanakan sunnah Nabi S.A.W.

Puan Hajah Khainarida sebagai Pengarah Urusan AMSYIQ GOLD ENTERPRISE pula menyatakan mengenai bentuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut adalah Satu Dinar Darul Ehsan, setengah dinar dan jongkong emas sepuluh gram. Harga mengikut harga semasa yang bergerak setiap dua puluh minit sekali seperti yang dipaparkan dalam blog http://syeikhulmaqari.blogspot.com atau http://emas-amsyiq.blogspot.com. Kami juga sedang membuka pengambilan dealer untuk mengedar dan meluaskan pengaliran dinar dan emas ini. Dan kami juga sedang mencari pelabur yang hendak sama-sama membangunkan perniagaan ini”. Katannya mengakhiri perbualannya.

MAKLUMAT PRODUK AGE

PRODUK YANG DIKELUARKAN
Satu Dinar Darul Ehsan
½ Dinar Darul Ehsan
10 gram Bar (jongkong) AMSYIQ Darul Ehsan

MENJADI DEALER AMSYIQ GOLD ENTERPERISE
belian RM 10000, peratus diskaun 1%
belian RM 20000, peratus diskaun 1.5%
belian RM 50000 ke atas, peratus diskaun 2%

Untuk menjadi dealer, hubungi Syeikhulmaqari Hj Othman bin Hamzah di 019-290 3165
[Read More...]


KEMPEN BESAR-BESARAN PENGGUNAAN DINAR DAN DIRHAM




Menghadiri Seminar “Emas dan dinar sebagai pelindung kekayaan semalam dapat memberi ilmu dan semangat baru kepada para pendokong Emas dan Perak . Beberapa perkara yang menjadi tumpuan seminar:

1- Fiat money adalah sistem kewangan dunia yang tidak ada sandarannya. Sesebuah Negara boleh mencetak wang sesuka hatinya. Secara jangka panjang ini akan membawa kepada hyperinflasi. Siapakah yang boleh menghalang pencetakan ini.

2- Walaupun sistem fiat money yang dimulakan oleh Amerika dan kekuatannya telah menjunam, tetapi kelemahan dan jiwa hamba negara-negara lain menyebabkan mereka tidak boleh memisahkan diri dari sistem fiat money ini.

3- Sistem Bank merangkumi juga amalan diperbankan Islam akan meneruskan sistem Riba yang diharamkan Allah juga merupakan pengumuman berperang dengan Allah. Pinjam seratus bayar dua ratus tidakkah riba nasiah (riba kerana bertangguh).

4- Sistem ini adalah satu penipuan yang dilakukan kepada rakyat. Rakyat menyimpan satu jumlah tertentu. Bank atau Negara mencetak sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut.

5- Meng”Islamkan” satu sistem yang orientasinya tidak islamik hanyalah penjenamaan istilah sahaja, analoginya seperti “Khinzir” yang cuba dihalalkan dengan sembelihan Syar’ie atau seperti mengislamikkan beer dan sebagainya.

6- Sistem Islami mestilah diamalkan menolak sistem-sistem yang diwujudkan ini. Ia bukan sistem baru. Tapi sistem Islam yang asal.

7- Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak adalah sistem kewangan sejak zaman Rasul s.a.w. Ia sistem Sunni. Penggunaannya dalam muamalah seharian , sewaaan, gadaian, pinjaman bebas dari unsur Riba.

8- Sebagai perbandingan seseorang yang meminjam RM 1,000 . Dalam sistem wang kertas membayarnya RM seratus sebulan selama sepuluh kali, dirasakan merugikan pemberi pinjam. Ini kerana wang kertas susut nilai. Sebaliknya seseorang yang meminjam RM 10 dinar.

Peminjam membayarnya satu dinar- satu dinar sepuluh kali, pemberi pinjam tidak akan merasa kerugian kerana emas semakin lambat dibayar nilainya bertambah.

9- Oleh itu, memiliki Dinar dan dirham bukan sekadar untuk disimpan, tetapi dialirkan dalam muamalah seharian seperti : dalam jual beli, sewa menyewa, pinjaman dan gadaian.

10- Sebagai momentum perubahan saya menyeru premis-premis perniagaan menerima Dinar dan Dirham dalam perniagaan mereka.

Sebagai contoh barangan yang berjumalah RM 40.00 boleh dibayar dengan 2 Dirham, barangan yang bernilai seratus boleh dibayar dengan harga 5 Dirham, barangan yang bernilai RM 200 bolehlah dibayar dengan 10 Dirham dan seterusnya mengikut nilai dirham harian. Begitu jugalah dalam pengamalan dinar.

11. Para peniaga boleh merujuk (islamicmint.com.my) dan memaparkan harga dinar dan dirham secara harian kerana nilai dinar dan dirham berubah setiap 12 tengah malam.

Harga Dinar dan Dirham Kelantan untuk 5 Dis adalah seperti berikut:

Kelantan Dinar & Dirham

1/2 Dinar :: RM 336.5
1 Dinar :: RM 673
2 Dinar :: RM 1 346
5 Dinar :: RM 3 365
8 Dinar :: RM 5 384

1 Dirham :: RM 20
2 Dirham :: RM 40
5 Dirham :: RM 100
10 Dirham :: RM 200
20 Dirham :: RM 400


Sementara harga Dinar Darul Ehsan berubah setiap 20 minit sekali, maka hendaklah dirujuk setiap kali melakukan muamalah dengannya. Sebagai contoh ketika post ini ditulis seperti berikut:

Type We Sell(RM) We Buy(RM)

1 Dinar Darul Ehsan RM 650.00 RM 618.00
1/2 Dinar Darul Ehsan RM322 RM308.50
10g Bar Amsyiq 24k RM1603 RM1513

12- Sebagai permulaan saya menyeru setiap rumah sekurang-kurangnya memiliki 1 Dinar dan Dirham yang bernilai sepuluh dirham. Kemudian gunakanlah ia dalam muamalat harian.

12- Perjuangan mengajak kepada penggunaan Dinar dan Perak adalah juga perjuangan menobatkan Syariat, seterusnya menghancurkan sistem kapitalis yang zalim.

Mengumumkan AMSYIQ menerima dinar dan dirham dalam semua urusan jual beli dan bentuk pembayarannya. Untuk menukarkan wang anda kepada Dinar dan Dirham, kami bersedia menerima tempahan.

Ikhlas dari saya
Othman Hamzah 0192903165.
[Read More...]


RANGKAIAN EJEN EMAS AMSYIQ



1. KHAINARIDA BT MANAN
012-666 9362
SHAH ALAM, SELANGOR

2. ASMA BT OTHMAN
016-253 9519
BANTING, SELANGOR

3. AISHAH BT OTHMAN
012-914 9403
RAWANG, SELANGOR

4. AMAL BASYIRAH BT OTHMAN
SHAH ALAM, SELANGOR

5. MOHD TAUFIK BIN PANGILUN
016-275 8996
TG SEPAT, SELANGOR

6. HAIDAZIRA BT MANAN
019-642 4503
RAWANG, SELANGOR

7. NURZAIMATUL AKMAR BT MANAN
019-692 7515
SEK 10, SHAH ALAM

8. JUHARI BIN HAMZAH
017-347 2844
BATANG KALI, SELANGOR

9. MUHD FAHMI BIN GHAZALI
019-557 7753
IPOH, PERAK

10. DATO' ZULKIFLE BIN ALI
019-931 9898
KUANTAN, PAHANG

11. NAWAWI BIN A. GHANI
012-390 2943
SEK 10, SHAH ALAM

12. ALIAS MOHAMAD BIN ABD GHANI
012-383 8833
SEK 13, SHAH ALAM

13. AHMAD BIN ABDULLAH
019-253 9072

14. KHAIRUL SALLEH BIN BAHARUDIN
013-393 1344
SEK 11, SHAH ALAM

15. SHAHIDAH BT KAMARUDIN
012-204 1310
SEK 4, SHAH ALAM

16. AHMAD FARZI BIN AHMAD
012-202 3113

17. MISWAN JAMIL
019-666 4353
SEK 11, SHAH ALAM

18. AZHAR BIN ABD SARIP
017-370 4931
PELABUHAN KLANG


19. AHMAD BAZULI BIN REDZUAN
SEK 8, SHAH ALAM

20. MOHD FARHAN BIN AHMAD
SEK 7, SHAH ALAM

21. US. FADZIL BIN AYOB
SERENDAH, HULU SELANGOR

22. SAFIAH BINTI HASSAN
SEK 9, SHAH ALAM

23. SAMSAR KAMAR BIN AB. LATIF
SEK 6, SHAH ALAM

24. YUHAZNEL BIN MOHD YUSOF
USJ SUBANG JAYA

25. KHAZALI BIN HJ MOHD ZAIN
016-293 4248
USJ SUBANG JAYA

26. NOOR HAYATI BT ABDUL AZIZ
SEK 6, SHAH ALAM

27. OSMAN BIN ABU BAKAR
SEK 11, SHAH ALAM

28. NORIYANON BINTI SALIM
012-232 3505
BANTING, SELANGOR

29. ROHAYATI BINTI BAKRI
SEK 11, SHAH ALAM

30. HAIRUDDIN BIN MD DIAH
012-268 1380
RAWANG, SELANGOR

31. ISMAIL HAMID
SEK 11, SHAH ALAM
[Read More...]


Seminar Perdana : Dinar & Emas Sebagai Pelindung Kewangan



Tajuk : Dinar & Emas sebagai Pelindung Kewangan

Tarikh : 4 Disember 2010
Waktu : 10pagi – 5petang

Lokasi :Dewan Melawati, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Jalan SS6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor

Pendaftaran : Pengedar RM50 (termasuk sarapan & makan tengahari)
Bukan Pengedar RM60 (termasuk sarapan & makan tengahari)


klik untuk besarkan gambar
[Read More...]


DUIT, EMAS DAN PERAK



HAKIKAT DUIT

Duit disisi fuqaha’syariat Islam

Dimaksudkan dengan duit pada istilah fuqaha’ ialah yang ditempa dari emas dan perak. Dikatakan juga: Tempaan daripada emas dan perak dan yang mengambil tempatnya yang digunakan oleh manusia dalam muamalat dan dianggap nilai kepada harta.

Ta’rif kepada duit ini adalah pendapat yang rajih, kerana dalam istilah manusia menganggap sesuatu sebagai harga yang mengambil tempat duit. Kerana ini kebanyakan fuqaha’ semasa dan pengkaji menerima amalan seperti ini.

DUIT SEBELUM ISLAM

Duit sebelum Islam melalui beberapa peringkat, peringkat yang penting ialah;

1- Peringkat pertukaran
Iaitu pertukaran barang dengan barang yang kedua-duanya bukan duit atau tukar barang dengan barang.

2- Duit barangan
Iaitu barang yang biasa digunakan oleh manusia sebagai perantaraan dalam pertukaran seperti susu, teh, unta, gandum dan sebagainya. Ia berbeza mengikut perbezaan persekitaran dan cara kehidupan manusia.

3- Duit galian
Melihat kepada kesukaran dalam menggunakan duit barangan, lalu mereka beralih kepada menggunakan duit galian, maka mereka menggunakan tembaga dan gangsa, kemudian mereka diberi petunjuk menggunakan emas dan perak, kerana kedua-duanya mempunyai keistimewaan kecantikan yang tersendiri, kekal apabila ditanam dan unsurnya yang tetap yang terpelihara dari di manipulasi.

"Emas alat takwa taqarrub kepada Allah"
Nak beli emas hubungi saya 0192903165 Othman Hamzah
[Read More...]


Kukuhkan Ekonomi Melalui Pelaburan Dinar Emas dan Perak



Saturday, 06 November 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 6 Nov - Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor, Sheikhul Maqari Othman Hamzah, menasihati masyarakat negara ini mengukuhkan ekonomi mereka dengan pelaburan dinar emas dan perak.

Menurut beliau, sejarah kenaikan harga emas sejak lebih seribu tahun lalu telah membuktikan ia mata wang yang paling kukuh di dunia.

Sheikhul Maqari Othman berkata, amalan memperkukuhkan ekonomi dengan mata wang emas telah dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW dan diperkemaskan oleh Saidina Omar Al-Khatab.

Nilai yang ditetapkan adalah 4.25 gram emas, bersamaan dengan satu dinar.

Bercakap dalam program, Apa Khabar Selangor bersama pengacara Zubli Zainordin, Othman berkata, nilai mata wang kertas atau ‘fiat money’ mula jatuh apabila tidak lagi dikeluarkan bersandarkan simpanan emas.

Amerika syarikat memulakan amalan mencetak mata wang tanpa sandaran emas pada tahun 1968 bagi menampung perbelanja perang mereka.

“Dia cetak duit kertas itu dengan memisahkan emas, menyebabkan nilainya jatuh dan di situlah mulanya nilai dolar jatuh, yang tidak jatuh harga emas,” katanya.

Othman meramalkan mata wang kertas akan terus jatuh dan kuasa besar Amerika akan menukarkannya dengan mata wang digital seperti kad kredit yang sedang digunakan sekarang.

Nabi Muhammad SAW telah mengatakan dalam hadisnya bahawa semuanya tidak akan bernilai kecuali emas dan perak.

Othman memberi contoh, emas meningkat tiga kali ganda sejak tahun 2001.

“Pada tahun 2001, dia menyimpan RM10,000, tahun 2010 jumlah simpanannya menjadi RM13,000, bermakna keuntungan yang diperolehi sekitar RM3,00 sahaja. Sebaliknya jika dia menyimpan emas pada tahun yang sama, keuntungan yang diperolehi adalah sekitar RM33,600,” jelasnya.

Menurut Othman, dia yakin dinar emas dan perak adalah penyelesaian kepada pengukuhan ekonomi masyarakat sekarang.

Beliau boleh dihubungi di nombor 019-290 3165. Melalui Internet melalui laman Http/ emas-amsyiq.blogspot.com

Sumber : SelangorKini
[Read More...]


Rahsia Emas Kekuatan Ekonomi Ummat Islam di TV Selangor (pembetulan)



InsyaAllah temui saya dalam

Apa Khabar Selangor TV selangor (TV internet)

Topik berkaitan:
"RAHSIA EMAS KEKUATAN EKONOMI UMMAT ISLAM"

Sebar-sebarkan..

(klik sini)

Tarikh dan waktu akan dimaklumkan kemudian. Maaf atas segala kesulitan.
[Read More...]


JOM PERGI HAJI DENGAN MENGUMPUL DINAR EMAS.



Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM 10,000, ayuh kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung.....

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar

Tahun 2010 - 1 Dinar = RM 600 lebih
(kredit)

Mari start membeli dan mengumpul dinar untuk pelaburan masa depan.
Hubungi saya 012-666 9362 @ 019-290 3165.
[Read More...]


KATA DATO' SALEH MAJID TENTANG PELABURAN EMAS



Kata Dato’ Saleh Majid tentang pelaburan Emas

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

(kredit)

[Read More...]


SIMPAN EMAS JANA KEKUATAN EKONOMI UMAT



JANA KEKUATAN EKONOMI UMAT

Saya mendoakan kita semua menjadi umat yang kuat rohani dan jasmaninya, serta menjadi umat yang kuat. Untuk 30 tahun akan datang apa jadi kalau umat Islam tidak beringat dari sekarang. Bangsa lain merancang kekayaan mereka, sedangkan umat Islam akan ketinggalan jauh dari sudut ekonominya. Atas nama maslahah terpaksa badan fatwa mengharuskan pelaburan dalam saham amanah tertentu sesuatu yang syubhat. Sedangkan ada banyak cara lagi yang mudah untuk menjanakan kekayaan umat Islam. Salah satunya ialah menyimpan dan pelaburan emas.

Mereka yang kurang berkemampuan saya menyarankan menabung dengan cara membeli dinar emas sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Satu dinar sebulan contohnya. Satu dinar bererti anda telah memiliki 4.25 gram emas yang harganya sekitar RM 645 (ketika artikel ini ditulis) iaitu RM 151.7 satu gram. Simpan sahaja untuk setahun berdasarkan kenaikan harga emas yang telah lalu antara 27-30% setahun. Dengan kenaikan 27 % bererti nilai emas anda telah meningkat kepada (645+174.15) iaitu 819.15. Kalau disimpan sahaja selama lima tahun kenaikan harga emas berdasarkan yang telah lalu mencapai 250% - bererti dinar anda sudah meningkat nilainya kepada RM 2257.50. Bayangkan kalau anda menyimpan sedinar setiap bulan.

Bagi mereka yang ada modal dalam buku bank. Simpan sahaja duit kertas akan mendatangkan kerugian, kerana wang kertas terdedah kepada inflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurang kuasa belinya pada sepuluh tahun akan datang. Walaupun kalau dilaburkan dengan kenaikan 8% setahun, ia tetap dianggap tidak berbaloi kerana matawang mengalami kadar inflasi sekitar 4%. Tetapi kalau anda ada RM 20,000 itu anda belikan emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau sepuluh tahun akan menjadi RM 54,000.

Tetapi menurut Dato' Saleh Majid kenaikan harga emas 250% dalam masa lima tahun kebelakangan. Ini bererti kalau RM 20,000. Lima tahun berikutnya akan ada kenaikan RM 50,000. Ertinya duit anda menjadi RM 70,000 pada tahun 2015.

Kesimpulan:

1. Jangan lepaskan peluang ini. Jadikan emas sebagai bisnes sampingan anda.

2. Dengan membuat bisnes emas, anda akan menjana pendapatan melalui kaedah melabur + berniaga.

3. Dengan menghadiri training dan mempelajari teknik-teknik pemasaran dan manipulasi emas, anda mampu membuat keuntungan yang lebih.

Selamat menjadi tokey emas

Othman bin Hamzah

019-290 3165

Emas alat takwa taqarrub kepada Allah

[Read More...]


CARA BELI EMAS AMSYIQ



1) Pilih jenis EMAS yang anda inginkan:

Bar AMSYIQ : 10g | Purity 999 | 24k
Dinar Darul Ehsan: 1 dinar = 4.25 g | Purity 916 | 22k
Dinar Darul Ehsan : 1/2 dinar = 2.125g | Purity 916 | 22k

2) Semak harga "we sell" emas yang berkenaan di atas atau layari website berikut :

http://syeikhulmaqari.blogspot.com
http://emas-amsyiq.blogspot.com

3) LOCK harga dengan call / sms saya :

019-290 3165 / 012-666 9362
@ email: syeikhulmaqari@yahoo.com.my

4) Sediakan duit (cash)

Kami akan bagi by hand sekitar Subang Jaya, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Damansara, Jalan Klang Lama, Shah Alam dan KL area.

5) Sekarang EMAS jadi milik anda. Simpan sebaiknya dan ingat BELI EMAS dapat EMAS. Mudah kan?

6) Balik tunjuk kawan-kawan, keluarga dan jiran-jiran. Sila cadangkan mereka untuk hubungi Emas Amsyiq.

7) Untuk Jual semula, sila rujuk harga "We Buy" dan hubungi Emas Amsyiq.
[Read More...]


HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ANSURAN



Dah lama benar tidak sempat updatekan blog ini.

Bila berada di kejauhan (Jordon) terasa terpanggil untuk melihat blog. Dan semenjak terlibat bersama pendokong emas dan dinar emas, mahu saya berkongsi tentang emas:

Adakah harus membeli emas dan perak dengan cara ansuran. Berbagai pendapat fuqaha’ mengenainya.

Sebahagiannya menganggap emas itu sebgai barang dan sebahagiannya menganggap barangan. Berdasarkan itu berlaku perbezaan pendapat mengenainya. Seperti berikut:

Tidak ada perbalahan fuqaha’ dalam perkara ini., kerana emas dan perak dianggap sebagai barang perniagaan, dan yang harus menjualnya melalui “murabahah” (mengambil untung) dan secara ansuran, kerana ia adalah galian yang telah digabungkan dengan hasil tangan tukang bentuk kerana bentuknya berlaku dengan seni tempa atau seni tangan. Adapun yang diharamkan ditujukan kepada jual emas dan perak asal (yang belum ditempa), maka disana ada perbezaan pendapat fuqaha’ yang disandarkan kepada hadis dhaif yang mengharamkan jualan bentuk ini secara ansuran.

Adakah harus jual emas secara ansur, atau ia mistilah dengan jual tunai, sedangkan sebagaimana diketahui keperluan kepada perkara ini sangat mendesak. Contoh seseorang hendak membeli barangan emas, dan ia telah membuat persafahaman dengan tuan emas supaya pembeli akan memberikannya sebahagian bayaran secara segera dan baki yang lain secara bertempoh.Minta penyelesaian.

Sebahagiannya menjawab:
Maka jual emas dengan bayaran ansur berselisih pendapat fuqaha’ padanya, Sebahagian nya berpendapat tidak harus jual emas dengan bayaran ansur, bahkan mestilah dengan serahan segera, kerana menganggap emas adalah nilai duit. Berbeza sebahagian fuqaha’ yang lain yang berpendapat mengharuskan bayaran ansur, kerana emas sekarang bukanlah sebagai duit, tetapi telah bertukar kepada barang, sedangkan “hukum beredar bersama sebabnya pada wujud dan tiadanya”.

Dan yang awlanya (eloknya) jangan terus kepada jual secara ansur melainkan ketika memerlukan.

Berkata Dr. Mahmud ‘Ukam pensyarah Syariah di Suria:
Harus jual Emas denga harga ansur, berdasarkan ia adalah barang, terutama bila ia dibentuk atau perhiasan. Sesungguhnya perkara ini telah diharuskan oleh bilangan yang tidak sedikit dari fuqaha’ sebagaimana yang disebut kan oleh pengarang “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”

Dan berkata Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi penyusun “Mausu’ah Fiqhiyyah negara Kuwait: Emas dan perak tidak harus dijual keduanya dengan duit atau seumpama keduanya daripada emas dan perak melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya namanya “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “Serah dalam majlis”

Berkata Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulamak Saudi:
Jumhur ahli ilmu lama dan baru berpendapat kepada melarang perkara tersebut, mereka mensyaratkan padanya apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad, maka tidak boleh beli dengan bertempoh dau ditangguhkan “beransur”

Dan sebahagian fuqaha’ berpendapat kepada mengharuskannya. Mereka menganggap perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit, dan asal duit kepada ketegori barang, dan seterusnya, maka harus menjual dan membelinya dengan bertempoh dan dengan kad kredit. Dan pendapat pertama adalah lebih menyeluruh.

Dan berkata Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi ketua Qism Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, yang demikian kerana hadis yang sohih yang menunjukkan wajib segera pada menjual emas dan perak. Rasulullah s.a.w bersabda:

لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد

“Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”

Dr Ali Jum’ah Mufti Republik Mesir berpendapat: Adapun Emas dan perak yang dibentuk, maka ia terkeluar dari menjadi harga (pengantara untuk penukaran) dan ternafi darinya sebab tunai, yang mewajibkan pada keduanya syarat tunai dan serah, dan yang membawa kesan pengharaman jual bertempoh. Maka ia menjadi seperti barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi “bahawa hukum itu ada bersama sebabnya pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat Imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainya.

Berkata Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in: “Perhiasan yang diharuskan menjadi hasil cipta yang diharuskan seperti jenis baju dan barang, bukan dari jenis harga, kerana itu tidak diwajibkan padanya zakat, maka tidak berlaku riba diantaranya dan antara harga, sebagaimana tidak berlaku riba antara harga dengan barang-barang yang lain, sekalipun ia dari bukan sejenisnya. Maka sesungguhnya bentuk ini terkeluar dari maksud harga dan disediakan untuk diperdagangkan, maka tidak dilarang menjualnya dengan sejenisnya.

Berdasarkan apa yang telah lalu, maka sesungguhnya tidak ada tegahan syarak menjual Emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia diatas asal tegahan kerana sebab riba.

Soalan:
Seorang perempuan hendak membeli emas secara ansuran kerana tidak cukup bajet, lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansur, lalu ia menimbang dan menyebutkan harganya. Berkata tukang emas kepada perempuan tersebut: “saya akan menjualkannya kepada kamu dengan harga ini dan dan memberi pembayaran secara ansuran,dan aku tidak akan menambahkan harganya walaupun naik harga gram emas”, lalu perempuan tersebut berkata kepadanya: “Aku membeli mengikut harga ini, dan aku tidak menuntut darimu mengurangkan harga bila jatuh harga gram emas, lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa itu. Apakah hukum jualan ini? Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.

Jawab:
Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan.

Ditanya Syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:

Pertama: Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mestilah diserahkan lima ribu rial tersebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”

Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darimu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, kerana jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh.

Berdasarkan ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mestilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.

Kesimpulannya

1- Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang misti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.

2- Oleh kerana menganggap jongkong emas, dinar dan perhiasan sebagai barangan, maka mengunci harga yang diperaktikkan oleh penjual dan pembeli emas, dianggap jual tempah. beli hari ini, emas ditempah dari pulau pinang atau kelantan memakan masa.

3- Dari segi keselamatan terdedah kepada bahaya sekiranya urus niaga emas dilakukan secara tunai tangan ke tangan sekiranhya jumlah yang besar.Contohnya tentulah tidak selamat urusan jual beli emas di ladang sawit, di estat dan sebagainya.Ini juga dikukuhkan dengan kaedah situasi mempengaruhi hukum.

4- Pun demikian seelok-eloknya diusahakan supaya jual beli emas secara tunai dan tidak bertangguh.

Syeikhul Maqari
Hj. Othman bin Hamzah
Ingin beli emas hubungi 019-290 3165/012-666 9362
[Read More...]


 

Categories

agen (1) amsyiq (6) ansuran. amsyiq (1) beli (1) cara (1) darul ehsan (5) dealer (4) dinar (12) dirham (4) ekonomi (6) emas (17) GKA (5) haji (1) iklan (1) isu semasa (3) muamalat (1) PERTIMBANGKAN (1) salleh majid (1) selangor (7) seminar (2) tawaran khas (1) untung (1) wakala (1)

INGIN MENJADI DEALER AMSYIQ GOLD

1. Belian RM 10000, anda akan dapat diskaun 1.5% 2. Belian RM 20000, anda akan dapat diskaun 2.0% 3. Belian RM 50000 ke atas, anda akan dapat 2.5% 4. Isikan borang agen di bawah.
3. Buat bayaran kepada Amsyiq Gold Ent (AGE). Hubungi mereka jika anda masalah. Nombor telefon seperti berikut : 019-290 3165 / 012-666 9362 4. " cc " kan juga borang anda kepada: syeikhulmaqari@yahoo.com.my (p/s: hantarkan borang agen semasa mengambil stok emas anda) EMAS AMSYIQ MEMERLUKAN DEALER DISELURUH NEGARA

CHARTS

Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Gram

Return to top of page Copyright © 2010 | Exercise Equipment | Watch Movies Converted into Blogger Template by HackTutors