JANA KEKUATAN EKONOMI UMAT
Saya mendoakan kita semua menjadi umat yang kuat rohani dan jasmaninya, serta menjadi umat yang kuat. Untuk 30 tahun akan datang apa jadi kalau umat Islam tidak beringat dari sekarang. Bangsa lain merancang kekayaan mereka, sedangkan umat Islam akan ketinggalan jauh dari sudut ekonominya. Atas nama maslahah terpaksa badan fatwa mengharuskan pelaburan dalam saham amanah tertentu sesuatu yang syubhat. Sedangkan ada banyak cara lagi yang mudah untuk menjanakan kekayaan umat Islam. Salah satunya ialah menyimpan dan pelaburan emas.
Mereka yang kurang berkemampuan saya menyarankan menabung dengan cara membeli dinar emas sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Satu dinar sebulan contohnya. Satu dinar bererti anda telah memiliki 4.25 gram emas yang harganya sekitar RM 645 (ketika artikel ini ditulis) iaitu RM 151.7 satu gram. Simpan sahaja untuk setahun berdasarkan kenaikan harga emas yang telah lalu antara 27-30% setahun. Dengan kenaikan 27 % bererti nilai emas anda telah meningkat kepada (645+174.15) iaitu 819.15. Kalau disimpan sahaja selama lima tahun kenaikan harga emas berdasarkan yang telah lalu mencapai 250% - bererti dinar anda sudah meningkat nilainya kepada RM 2257.50. Bayangkan kalau anda menyimpan sedinar setiap bulan.
Bagi mereka yang ada modal dalam buku bank. Simpan sahaja duit kertas akan mendatangkan kerugian, kerana wang kertas terdedah kepada inflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurang kuasa belinya pada sepuluh tahun akan datang. Walaupun kalau dilaburkan dengan kenaikan 8% setahun, ia tetap dianggap tidak berbaloi kerana matawang mengalami kadar inflasi sekitar 4%. Tetapi kalau anda ada RM 20,000 itu anda belikan emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau sepuluh tahun akan menjadi RM 54,000.
Tetapi menurut Dato' Saleh Majid kenaikan harga emas 250% dalam masa lima tahun kebelakangan. Ini bererti kalau RM 20,000. Lima tahun berikutnya akan ada kenaikan RM 50,000. Ertinya duit anda menjadi RM 70,000 pada tahun 2015.
Kesimpulan:
1. Jangan lepaskan peluang ini. Jadikan emas sebagai bisnes sampingan anda.
2. Dengan membuat bisnes emas, anda akan menjana pendapatan melalui kaedah melabur + berniaga.
3. Dengan menghadiri training dan mempelajari teknik-teknik pemasaran dan manipulasi emas, anda mampu membuat keuntungan yang lebih.
Othman bin Hamzah
019-290 3165
Emas alat takwa taqarrub kepada Allah
Labels:
dealer,
dinar,
dirham,
ekonomi,
emas,
isu semasa

Previous Article




Responses
0 Respones to "SIMPAN EMAS JANA KEKUATAN EKONOMI UMAT"
Post a Comment