Seminar Perdana : Dinar & Emas Sebagai Pelindung Kewangan



Tajuk : Dinar & Emas sebagai Pelindung Kewangan

Tarikh : 4 Disember 2010
Waktu : 10pagi – 5petang

Lokasi :Dewan Melawati, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Jalan SS6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor

Pendaftaran : Pengedar RM50 (termasuk sarapan & makan tengahari)
Bukan Pengedar RM60 (termasuk sarapan & makan tengahari)


klik untuk besarkan gambar
[Read More...]


KATA DATO' SALEH MAJID TENTANG PELABURAN EMAS



Kata Dato’ Saleh Majid tentang pelaburan Emas

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari. Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

(kredit)

[Read More...]


SIMPAN EMAS JANA KEKUATAN EKONOMI UMAT



JANA KEKUATAN EKONOMI UMAT

Saya mendoakan kita semua menjadi umat yang kuat rohani dan jasmaninya, serta menjadi umat yang kuat. Untuk 30 tahun akan datang apa jadi kalau umat Islam tidak beringat dari sekarang. Bangsa lain merancang kekayaan mereka, sedangkan umat Islam akan ketinggalan jauh dari sudut ekonominya. Atas nama maslahah terpaksa badan fatwa mengharuskan pelaburan dalam saham amanah tertentu sesuatu yang syubhat. Sedangkan ada banyak cara lagi yang mudah untuk menjanakan kekayaan umat Islam. Salah satunya ialah menyimpan dan pelaburan emas.

Mereka yang kurang berkemampuan saya menyarankan menabung dengan cara membeli dinar emas sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Satu dinar sebulan contohnya. Satu dinar bererti anda telah memiliki 4.25 gram emas yang harganya sekitar RM 645 (ketika artikel ini ditulis) iaitu RM 151.7 satu gram. Simpan sahaja untuk setahun berdasarkan kenaikan harga emas yang telah lalu antara 27-30% setahun. Dengan kenaikan 27 % bererti nilai emas anda telah meningkat kepada (645+174.15) iaitu 819.15. Kalau disimpan sahaja selama lima tahun kenaikan harga emas berdasarkan yang telah lalu mencapai 250% - bererti dinar anda sudah meningkat nilainya kepada RM 2257.50. Bayangkan kalau anda menyimpan sedinar setiap bulan.

Bagi mereka yang ada modal dalam buku bank. Simpan sahaja duit kertas akan mendatangkan kerugian, kerana wang kertas terdedah kepada inflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurang kuasa belinya pada sepuluh tahun akan datang. Walaupun kalau dilaburkan dengan kenaikan 8% setahun, ia tetap dianggap tidak berbaloi kerana matawang mengalami kadar inflasi sekitar 4%. Tetapi kalau anda ada RM 20,000 itu anda belikan emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau sepuluh tahun akan menjadi RM 54,000.

Tetapi menurut Dato' Saleh Majid kenaikan harga emas 250% dalam masa lima tahun kebelakangan. Ini bererti kalau RM 20,000. Lima tahun berikutnya akan ada kenaikan RM 50,000. Ertinya duit anda menjadi RM 70,000 pada tahun 2015.

Kesimpulan:

1. Jangan lepaskan peluang ini. Jadikan emas sebagai bisnes sampingan anda.

2. Dengan membuat bisnes emas, anda akan menjana pendapatan melalui kaedah melabur + berniaga.

3. Dengan menghadiri training dan mempelajari teknik-teknik pemasaran dan manipulasi emas, anda mampu membuat keuntungan yang lebih.

Selamat menjadi tokey emas

Othman bin Hamzah

019-290 3165

Emas alat takwa taqarrub kepada Allah

[Read More...]


 

Categories

agen (1) amsyiq (6) ansuran. amsyiq (1) beli (1) cara (1) darul ehsan (5) dealer (4) dinar (12) dirham (4) ekonomi (6) emas (17) GKA (5) haji (1) iklan (1) isu semasa (3) muamalat (1) PERTIMBANGKAN (1) salleh majid (1) selangor (7) seminar (2) tawaran khas (1) untung (1) wakala (1)

INGIN MENJADI DEALER AMSYIQ GOLD

1. Belian RM 10000, anda akan dapat diskaun 1.5% 2. Belian RM 20000, anda akan dapat diskaun 2.0% 3. Belian RM 50000 ke atas, anda akan dapat 2.5% 4. Isikan borang agen di bawah.
3. Buat bayaran kepada Amsyiq Gold Ent (AGE). Hubungi mereka jika anda masalah. Nombor telefon seperti berikut : 019-290 3165 / 012-666 9362 4. " cc " kan juga borang anda kepada: syeikhulmaqari@yahoo.com.my (p/s: hantarkan borang agen semasa mengambil stok emas anda) EMAS AMSYIQ MEMERLUKAN DEALER DISELURUH NEGARA

CHARTS

Gold Price Per Gram in Malaysian Ringgits
Malaysian Ringgits per Gram

Return to top of page Copyright © 2010 | Exercise Equipment | Watch Movies Converted into Blogger Template by HackTutors